Hi all. Welcome to my blog. Have fun reading my blog :")

Thursday, December 23, 2010

Peperiksaan Menengah Rendah



Assalamualaikum semua & Hye to non muslim :)

Semalam 23 Disember 2010 merupakan tarikh yang paling menakutkan bagi semua budak budak tingkatan 3 kan ? Whahaa~ Tahniah kepada yang dapat result yang gempak gempak kebaboom tuu . Huhu~ Kepada yang kurang tuu , its okay lahh . Korang kan dahh cuba sebaik yang boleh . Ini baru permulaan . The more important is SPM (untuk sedapkan hati aku sendiri jugak nihh) . Result aku PMR tahun lepas pon tak lahh segempak kababoom macam korang . Tapi aku dapat memotivasikan diri aku sendiri nii dengan mengatakan SPM lagi penting . Sebab SPM tuu laa nanti akan menentukan masa depan korang . Dekat mana nak sambung belajar , apa akan jadi after dahh habis belajar & semua tuu lahh . Walaupun result aku tak gempak kebaboom , tapi aku dapat jugak hadiah dari mak aku . HEHEHE~~ Sebuah jam tangan yang agak mahal laa jugak . Aku guna sampai sekarang . Masih dalam keadaan yang sihat walafiat lagi tuu yunkk~ So , jangan patah semangat . You still can do the best ! Cakap pasal PMR ni , aku teringat detik detik sebelum nak pergi amek result .

******************************

Seminggu sebelum tarikh result keluar , aku buat solat hajat setiap lepas solat & pagi pagi sebelum amek result . Aku mohon dekat Allah swt agar bagi aku result yang cemerlang , aku dahh berusaha yang bersungguh-sungguh . Alhamdulillah , result aku agak bagus laa jugak (kott :] ) Dalam perjalanan nak amek result tuu , aku banyak berselawat & berdoa . Dup..dap ..dup..dap~ Dah amek result tuu , aku terus jumpa .........membe aku dulu . HHAA~ Nak tanya dyeowg dapat berapa . Lepas tuu baru aku jumpa ayah aku & adik aku . Dah tunjuk result tuu , bual bual , ayah ajak balik . Kebetulan membe kamcing aku tuu nak tumpang balik . Okayy , sila baca betul betul okay , KAMCING bukan KENCING . haha~ Ayah aku ajak breakfast . Lepas makan makan , bual bual balikkk~

*****************************

Tahun depan aku bakal menempuh situasi yang mencabar . Aku adalah calon SPM 2011 . Gentar tuu gentar ahh jugak . Ishh ! Nak study dahh laa malas . Tapi aku akan ubah diri aku nihh kepada yang positif . Tok korang , tolong doakan aku agar dapat result yang cemerlang dalam SPM nanti ye . Thanks sangat sangat . Hanya Allah swt yang dapat balas budi baik korang itu :")


p/s : Congrats to my dear junior , Roy Hazlin . You do the great job dear ! Well done ! :")

Created by me : Nur Syarah Rabiha : )

Wednesday, December 22, 2010

SHAHEIZY SAM

Assalamualaikum & Salam Sejahtera :)

Tajuk aku kali nihh sangat laa comel kan ? kan ? Hhehe~ Post kali ni aku nak story pasal mimpi indah aku . Wahh ! Indahh tuu . Sangat Bestttt~!!!! Kalau boleh nak mimpi gerangan orang itu selalu . Okay , Lets start . Malam tadi aku mimpi si pelakon kacak Malaya tuu . Wowww ! Comel nye ! Cerita dekat dalam mimpi tuu macam ni , aku & si Shaheizy Sam tuu adalah sepasang kekasih [mimpi sahaja] . Nak dipendekkan cerita , dekat mimpi tuu , si mamat hensem tuu bawak lari aku naik moto kemana tahh . Tempat aku tak dapat nak detect dekat mana . HAHA . Merasa jugak aku naik moto dengan dye walaupon hanya MIMPI . Tengah syok syok mimpi , aku tersedar . Mimpi nihh tergantung . Whaaaa T_T . Tak seronok dahh cam ni . Enta kenapa aku boleh termimpi kan dye nihh . Maybe sebelum tidur tuu aku tengok iklan Adnan Sempit dekat Astro tuu kot . haha~ Tu laa , lain kali sebelum tidur cuci lahh kaki tuu . HAHA ~



Comel kan dia ?
Wahh , dahh laa berlakon pon comel & sweet je :"] Nak mimpi dia lagi . Please~

Created by me : Nur Syarah Rabiha : )

Tuesday, December 21, 2010

Terima Kasih Vitagen




Assalamualaikum semmua~ Halu halu~
Amacam hari ini ? Okayy2 , lets start . Panjang sangat mengomel nanty :] Aku pergi follow ibunda tercinta aku shopping barang dapur untuk kenduri , dengan tak makannye aku terus bersiap . Mana nak makan nye , bangun time matahari tengah hari dahh muncul . Whahaha~ Agak teruk aku nihh . Alaa , time cuty sekolah je kita dapat bangun lambat kan ? Lain laa budak budak yang sekolah sesi petang , ofcoz dyeowg boleh bangun lambat . Sesampai je dekat Carrefour uhh , jalan jalan ahh cari barang barang yang telah disenaraikan . Masa nihh belum rasa apa apa lagi . Dah setengah jam dekat Carrefour tuu , aku rasa macam nak pitam , sesak nafas pon ada . Aku masih boleh tahan lagi time nihh . Dah lama lama tuu , aku tak dapat tahan . Aku cangkung sambil berpaut pada troli . Memang tak tahan kott . Cakap dekat ibu "Bu , laparlahh ' Then tanpa segan silu nye , aku pi bukak Vitagen yang belum bayar tuu . Nasib baik tak kena barkod dye . Waa dahh tak tahan laa . Terpaksa ! HAHA~ After mengisi perut dengan air Vitagen tuu , badan aku dahh rasa okay sikit . Bila cangkung , pipi aku rasa sejuk , bila diri rasa panas . Dahh pulak , macam nak demam . Tak mau lahh . Nak tolak troli pon dahh tak larat . Haiyoo . Sebelum balik tuu , adik aku ajak pi singgah KFC . Aku oder laa something . Atleast bolahlahh aku makan kat dalam kereta . So , pengajaran nye kena lahh makan ape ape sebelum pegi mana mana tempat yang memerlukan kudrat tenaga kita . HAHA~ Thanks to VITAGEN . Love you laa . :"]
Created by me : Nur Syarah Rabiha : )

Tuesday, December 7, 2010

Azam Baru untuk 2011

Assalamualaikum & Salam Hormat

Hari ini merupakan 7 Disember 2010 bersamaan 1 Muharam 1432H . Bermulalah kehidupan baru bersama azam yang baru . Tahun 2011 merupakan tahun yang amat mencabar bagi aku sebab tahun depan aku akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) . Banyak jugak subjek yang aku kena recover balik .
  1. Mathematics
  2. Prinsip Perakaunan
  3. Bahasa Melayu
  4. Sejarah
  5. Ekonomi Asas
Gred yang aku target yang aku boleh dapat ialah A+ , A , A- & B+ sahaja lahh yang aku harapkan . Subjek yang aku target lulus dengan cemerlang pulak ialah :

  1. Bahasa Melayu A+ /A
  2. Science A+ / A- (sebab pernah dapat A+ ) *bukan bangga oke !
  3. Agama A / A-
  4. Bahasa Inggeris A/A- /B+
Aku amek 8 subjek je . Tapi macam nak tambah seni . Tapi , rety ke aku melukis ? Bermain dengan warna ? InsyaAllah , akan ku cuba . Agak takut jugak lahh . Akhir tahun nihh aku dahh buat sikit-sikit perancangan sebelum SPM . Ambil kursus Bahasa Inggeris & terasa macam nak join kem Mokhdar lahh . Macam bagus . Tapi takut nak bagi tau dekat parents aku . Haishh . Lagi pon masa dahh suntuk . Sekarang tengah fikir-fikir macam mana nak cakap nak join kursus tuu . Hurm .. Any idea ? Just leave your comment here :] >




Aku nak jadi macam dia . Pandai lagi bijaksana ~ Mudah-mudahan aku menjadi seperti dia . Amin !

Created by me : Nur Syarah Rabiha : )

Thursday, December 2, 2010

~

Pada tarikh 2 Disember 2010 , KAMI telah berkumpul semula bagi menjalankan aktiviti tahunan kami iaitu menyambut bufday kami ramai-ramai . Best tuu best gak . Happylahh jugak . Thanks dekat lily & sue sebab jadi peneman aku pada ketika itu . Sayang korang SEMUA ahh . Tatau nak habaq apa lagi , aku upload jelahh sebahagian gambar kitaorang . Aku copy & edit pics daripada sue . Sorry yerr sue . Sayang kau ! *buat karangan ke ape aku nihh ? HAHA~!!!



Secret Recipe's cake . LOVE IT~!!!



BerBOWLING adalah hobi kitaorang~!!!





**sorry if ada tersalah taip , tersilap bicara or tersilap cerita . AMPUN ~


Created by me : Nur Syarah Rabiha : )

Wednesday, December 1, 2010

Membela diri untuk Pertandingan !




Tajuk kali ni tanak best lagi kan ? hee~ okayy , post kali ini just nak bagi tau macam mana nak VOTE aku dekat Contest Natural Beauty nihh .

Okayy , cara-cara nya ialahh :

First : Pergi tekan LIKE dekat page ini : Contest Natural Beauty .

Second : Pergi dekat : Folder gambar ini

Third : Pergi dekat gambar nombor 10 --> gambar saya :)

Thanks sangat dekat korang yang VOTE aku . Kalau korang nak join pon boleh . Pergi view dekat post aku yang ini . CARA-CARA JOIN CONTEST INI .
Created by me : Nur Syarah Rabiha : )

Contest Natural Beauty :]



Time bosan bosan macam ni , aku pi lahh online FB aku . Tupptupp , kat situ ade orang tuu cakap pasal 1 contest nihh . Macam bestt , tuu yang aku terus pi dekat documenc aku , nk pi tengok gambargambar yang cun melecun walaupon aku tak cun . :"] Pi lahh dekat Contest Natural Beauty untul lebih faham okayy ~

Syarat-syarat penyertaan.

~Mesti ada blog, takde blog pergi sign up blogger . Takyah follow pun takpe, tapi nak follow jugak , suka haty la.

~Gambar yang disertakan TIDAK DIBENARKAN EDIT menggunakan picnik, photoshop, photoscape dan apa sahaja yang boleh digunakan untuk edit kerana ini contest NATURAL BEAUTY. Make-up tebal juga dilarang !

~Gambar boleh bersama dengan Bestfriend anda, Boyfriend anda atau Pet anda. Mesti paling cute dan comel -__- Kalau sorang-sorang pun boleh juga :)

Tag kepada 5 orang terdekat yang awak yakin akan join :)

Bagaimana contest ini berjalan (Baca dengan teliti)

*Mula mula awak buat entry pasal Natural Beauty Contest di blog anda. Tepek muka korang tu.

*Letak link entry anda tersebut di fan page Natural Beauty Contest, jangan letak kat entry nie. Tak layan.

*Suruh kawan kawan anda LIKE gambar anda tu. 5 Gambar paling ramai orang LIKE mereka akan pilih salah sorang sebagai pemenang hadiah utama.


*[syarat-syarat ni sume aku copy from admin contest :) malas nak taip banyak-banyak]



Gambar ini lahh yang aku pertaruhkan . Hope suka yaa~!!!


Tag for them :
ct aliah
ct amirah
adik alia
kaq eisya sayang
syahirah kamisan aka kechik :)

Created by me : Nur Syarah Rabiha : )

Monday, November 29, 2010

Tajuk dari hati !

Baru aku sedar sekarang . Terima Kasih kepada mereka . Okayy , aku mintak maaf dekat korang sume . Aku tak sedar . Itu gunanya "KAWAN" . Terima kasih atas segala teguran , tapi tak perlu kott sampai tanak layan aku , hentam aku kt FB . HAHAHA~!!!








* AKU RINDU GILA WAKTU-WAKTU INI ! Boleh ke ia kembali pada aku ? Hanya pada Allah aku berserah .

** Aku memerlukan kekuatan untuk menghadiri Jamuan Group "PERSAHABATAN KAMI itu. Perluke aku hadiri nye sedangkan mereka mungkin suka or tidak suka ? T____T

Created by me : Nur Syarah Rabiha : )

Wednesday, November 17, 2010

Result Akhir Tahun~

Assalamualaikum~
Salam hormat dan Salam Sejahtera :]

Hari ini merupakan Hari Terbuka SMK Convent Batu Pahat, Johor . Enta ape tahh tibe2 hati aku dah berdegup-degup . Sebelum ni nak amek result setengah tahun tak takut pon walaupon time tuu ade 1 sbjek gagal . Tah ape tah kali nii takut semacam tapi sume lulus BUT markah menurun kebanyakkannye . Hadoi~ Tak laa kena marah sangat , tapi kena bebel dengan ayah sebab asyik ber-FB aje . HAHA~!!! Akhir tahun ni aku dapat nombor 8/34 orang students . Setengah tahun aku dapat nombor 7 . Turun 1 anak tangga je . Tapi takut jugak laa kalau tukar kelas . Aku nak tetap dalam kelas LILI . Aku tanak turun kelas . Nanti aku tak belajar bila dah bercampur dengan mereka-mereka sume . Dah lah tahun depan nak pi hamek SPM . Kena concentrate ! No more jokes , no more play ! Just book can be my boyfie next year~ Mudah-mudahan aku kekal didalam kelas LILI . AMIN ! Doakan yer kawan-kawan . Semoga anda mendapat keberkatan dari Allah SWT kerana telah meluangkan masa anda untuk mendoakan saya =] AMIN~


STUDY HARD or STUDY SMART ? The answer is BOTH !

Created by me : Nur Syarah Rabiha : )

Jamuan Pembimbing Rakan Sebaya 2010

Assalamualaikum~
16 NOVEMBER 2010
Agak lewat kott untuk update pasal jamuan ni . Sorry lahh , agak busy laa plus dengan belum ada mood untuk update . Banyak story sebenarnye aku nak cerita tapi nanti-nantilah . Okayy , berbalik kepada tajuk post ini , aku nak cerita pasal jamuan PRS (Pembimbing Rakan Sebaya) sekolah aku kali ini amat hambar dan membosankan . Ini kerana tak ramai ahli yang datang . Boleh dikira dengan jari je ! Budak-budak Form 1 berapa kerat je , dalam 5 orang je kott . Form 2 , 3 langsung tak ada ! Form 5 memang lah tak ada kan sebab mereka busy study untuk SPM yang akan berlangsung pada 23 November ini . Kami dari Form 4 jugak lahh yang dapat memeriahkan jamuan tuu . HAHA~!!!! Masa jamuan tuu just makan BBQ je . Yang bakar , Een , Aisyah & aku je . Tapi ade jugak mereka yang tolong kejap-kejap . Tapi yang full time jaga hanya kami bertiga sehingga kami orang yang terakhir makan . Tu pon dahh nak habis . Mana tak nye , sume cikgu yang lalu , cikgu PRS kami panggil jemput makan sekali . Tapi tak apa ~ Tapi kan , kesian betul dekat kami , pakai baju lawa-lawa , makeup cantik-cantik tapi akhir nye kena berdepan dengan arang . Nasib baik tak hitam muka kami . Masa jamuan berlangsung , budak-budak cina dah organise games . Game yang pertama tah ape tah nama nye . And ada 1 game yang kena bermain dengan air . Aku , Een & Aisyah escape main sume game nihh . Ada pulak dak2 junior nihh sume tak bawak hadiah tok tukar-tukar , kena lahh budak-budak senior beli hadiah dekat CARREFOUR , nasib baik sekolah aku dekat dengan careefour uhh . Untuk adil lahh kot , budak-budak senior cina , dengan sorok kan hadiah-hadiah ni sume & kitaorang kena cari sendiri . Can guess what i got ?!!! I got a box off SNACK (macam kuih bahulu gulung) dah la aku tak reti makan benda alah tuu . Makanan tuu still dalam kotak !



Doe Vin , Kai Zhen , Carrie & I
~ 1 MALAYSIA ~




Muka sebelum kena bakar BBQ =="
Kami kawan baik =]

Created by me : Nur Syarah Rabiha : )

Saturday, November 13, 2010

HAPPY BIRTHDAY ADIK ,

Happy Birthday adik ,
Semoga kau menjadi seorang anak yang baik , solehah , dipanjangkan umur , mendengar kata , tidak melawan , menjadi pelajar yang pandai lagi bijaksana , bijak membezakan yang baik & buruk . Cemerlang & berjaya dalam segala yang engkau ceburi . Semoga juga hidup kau diberkati Allah . Semoga engkau dapat membawa diri kau kedalam suasana sekolah menengah nanti , pandai-pandailah membawa diri & pandai-pandailah memilih rakan . Jangan salah pilih sudah ! Sesungguhnya disekolah , terdapat pelbagai jenis ragam & perangai manusia yang berbeza . Cuma kita yang perlu bijak untuk memilihnya . AMIN ! Mudah-mudahan ya . Biarkan orang kata kita ini terlalu memilih , jangan pula nanti kita dikatakan salah memilih .




Actually , bufday budak ni pada hari Jumaat [ 12 November ] . Cuma aku yang lupa nak update pasal budak ni . Sorry ye diq :)


Created by me : Nur Syarah Rabiha : )

Monday, November 8, 2010

Not feeling very well~



Sobss~!!! sobss~!!! Aku demam yaww . Daripada hari sabtu (6 November) sampai lahh hari ini . Tapi , hari ini dahh kurang sikit panas badan aku nihh . Cuma sakit-sakit perut , pening kepala & akan terasa macam nak muntah bila aku makan banyak . Kalau tak sebelum nihh , hanya terbaring je . (kesian tak kat aku nihh ?!!) Masa demam tuu , asyik sakit pinggang je . Sebelum nihh aku just makan panadol biasa je . So , bila dah sakit pinggang tuu , kena tambah laa ubat nya , aku pi makan ubat panadol muscle extend . Ishh ! ( dah macam orang tua ! ) Kepada rakan-rakan aku semua , doakan lah aku cepat sembuh yaww . Kesian kat aku nihh . ( oke , sudah cari perhatian orang . hee~!! ) Okeyy laa , malas mau taip-taip lagi . Bubbye~~!!!

*Terima kasih kepada anda semua jika anda telah meluangkan masa anda untuk berdoa atas kesihatan saya ini . Jasa anda semua tidak dapat saya balas dengan kata-kata atau apa-apa kerna hanya Allah SWT yang dapat dan insyaAllah akan membalasnya . Terima kasih sekali lagi :]
Created by me : Nur Syarah Rabiha : )

Friday, November 5, 2010

HAPPY BIRTHDAY AYAH ,

Allah selamatkan kamu ,
Allah selamatkan kamu ,

Allah selamatkan ayah ,

Allah selamatkan kamu ..


Selamat hari jadi untuk ayah .
Semoga murah rezeki ,

dipanjangkan umur ,

diberi kesihatan yang baik ,

mudah-mudahan segala amalan ayah diterima oleh Allah SWT .

AMIN !

We all LOVE you !

This is my super duper daddy !
I Love him !
I Love my Family too !
Dont be jealous oke . HAHA ~!!




*thanks coz belanja kami pizza . heee~

Created by me : Nur Syarah Rabiha : )

Thursday, November 4, 2010

Tiada Perasaan =="

Enta laa kan . Apa nak jadi dengan aku ni . Semua yang aku buat semuanya macam tak kena je . Haishh . Sekarang kerja aku just fikir pasal exam yang tinggal lagi 2 paper & fikir pasal 'passcard' untuk jamuan kelas aku . Mula-mula bukan main lagi aku excited nak buat . Tapi akhirnya , semakin hari semakin lari jauh-jauh pulak mood aku nak buat passcard tuu . Tuu laa lain kali kalau aku kata nak buat time tuu , silaa laa rajin-rajin teman aku buat passcard nye . So , sekarang mood nya dahh lari .. siapa nak kejar ? HAISHH !

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dalam minggu nihh maybe aku akan kurang ber-contact dengan orang itu . Handphone dye hilang laa . Ishh , tuu laa bawak lagi ke sekolah . Kepada si pencuri , silaa laa pulangkan harta orang lain . Tak sempurna hidup kau kat dunia nihh nanti . Aishh ! Disebabkan itu laa semalam aku tak dapat tidur malam . Ada kekurangan ...
Created by me : Nur Syarah Rabiha : )

Wednesday, November 3, 2010

Bagaikan ...

AKU ?
Bagaikan tidak dihargai . Apa yang aku lakukan bagaikan tidak memberi erti kepada mereka . Malah diperkatakan dan disuruh agar tidak melakukannya . Apa semua ini ? Baiklahh , selepas ini kau lakukan segala nye seorang diri . Jangan hendak meminta tolong dari aku . Aku hanya hendak meringankan kerja kau , tapi engkau ? BAIKLAHH ! Sebagai sahabat , aku hanya lakukan ape yang aku mampu lakukan .

TERIMA KASIH !

Created by me : Nur Syarah Rabiha : )

Tuesday, November 2, 2010

Kecewa @_____@

KECEWA GILAA DEKAT PAPER ACCOUNT TADI ! SUSAH GILAA LAAA ! Hadoii ! Boleh tak ingat pulak ape yang dah baca . Ishhh . Redha jelaa dekat paper 1 . Tuu pon kalau bernasib baik . Tapi , moga-moga dapat markah yang cemerlang . Dapat 65% - 69% / 70& tuu pon dah kira bersyukur Alhamdulillah . Tapi cikgu account aku target group aku sume dapat paling teruk pon dalam 75% . Moga-moga segala usaha aku ini , mendatangkan kebaikan dan kesenangan pada diri aku ini . Aku nak stay dekat kelas LILI . Tak mahu turun . Nanti aku tak belajar plak kalau ter-join 'mereka-mereka' ituu . Rosak pulak aku nanti . Aishh . Doakan aku ye agar mendapat keputusan yang cemerlang . Ok , semua sila baca yang ini oke . Sila-silaa ...

Dengan ini , saya sebagai pembaca blog ini , saya mendoakan agar Nur Syarah Rabiha mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan beliau pada kali ini . Semoga beliau mendapat kejayaan yang beliau ingin kecapi . Dan semoga beliau mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia beliau pada tahun hadapan . Amin !


Terima kasih atas doa anda semua ituu . Semoga anda pun mendapat perkara yang sama . Amin !
Created by me : Nur Syarah Rabiha : )

Thursday, October 28, 2010

Semuanya Di sini .


24 Oktober 2010 - Something happend . Hurm , dont know how to story . But , its oke . Even it make me cry . That bracelet I gave to him, was broken T__T . Before I know the bracelet broken , I already felt wanna to cry . I dont know why I asked my sister to pray for me for my examination . Just that story about on this date .

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

25 Oktober 2010 - A very sadsad dayy~~!!!! Dont know why . Every where I can cry . Even when I studying , I also crying .

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


26 Oktober 2010 - Dapat mimpy buruk . Tatau nak story macam mana . Hurm , pendekkan jelaa . Dekat mimpi tuu , ada member tah siapa tah yang sesat . Dia kata dye baru balik dari tempat praktikal dye ( mcm PLKN kott ) Dia cakap dye dapat cenderahati dari pusat praktikal dye ....... TANAH & KAIN BAJU ! Ape maksud disebalik nye ? TANAH ? KAIN BAJU ? (Mimpi ini berlaku di rumah aruah atok di Muar) Jauh betul mimpi aku nihh berjalan . Harap-harap semuanya selamat . Tak ada apa-apa pon berlaku . Ya Allah , lindungilah aku , keluargaku , sahabat-sahabatku , guru-guruku & umat-umatMu daripada sebarang bencana yang berlaku . AMIN !

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Created by me : Nur Syarah Rabiha : )

Wednesday, October 27, 2010

~unknown~

Harap maaf , blog sedang bercuty !

Terima kasih <3

*sebenarnye , bayak story . Tapi lain kali lahh . tunggu lepas exam & semua nya selesai .

Created by me : Nur Syarah Rabiha : )

Wednesday, October 6, 2010

Beraya donggg~~!!

2 OKTOBER 2010 !

Open house uma biela .

Biela , kita dah mcm kembar kan ? HEEE~~!!!


Gambar nihh memang I suka sangat . Sebab ? Dye tuu haa , dekat sebelah I ! <3>





Created by me : Nur Syarah Rabiha : )

Wednesday, September 8, 2010

Ramadhan to Syawal :)

Assalamualaikum semua ~~ Terasa mcm sudah lama tidak update kan ? hee~~ Ramadhan dah nak sampai ke penghujung nye , terasa sedih plak . HAIYOO`` Sambil menaip nihh boleh plak aku tnye family hari nihh hari ape . Baru je cuty dahh lupa hari , ape nak jadi nihh . HAHA Homework(s) langsung tak sentuhh . Fuhh~~ Bagus gila aku nihh . HAHA ( Eh , rasa2 nye macam sudah lari tajuk post nihh kan ? )
Oke2 , Lusa( Jumaat - 10 September 2010 bersamaan dengan 1 Syawal 1431H) kita semua akan menyambut bulan Syawal . Horeyy~~ Alhamdulillah kerna menemukan aku pada bulan Ramadhan & Syawal pada tahun ini =) Persiapan raya macam sume sudah . Kasut sudah ( 2.5 inch tuu , macam mana aku nak pakai nnty ? ibu yang pilih . Aku amek jelaa lagi pun dye yang bayar . haha~~ ) , beg sudah , baju pun sudah cuma terasa macam nak tambahkan lagi 1 je baju tuu . Nak genapkan 3 helai . HAHA Penat deyh kemas rumah . Still x habis lagi uhh mau kemas rumah . Dah macam tettt~~ HAHA ! SENSORED ! Oke2 , lost of idea laa nak post ape .

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin . Salah silap harap dimaafkan . Ter-kasar bahasa , ter-mengata , ter-mengumpat , dan segala yang TER TER yer . Saya manusia biasa , semua buat salah & silap . HEE~~ Nah amek hadiahh nihh~~


Created by me : Nur Syarah Rabiha : )

Monday, August 23, 2010

ALHAMDULILLAH~~

Happy sangat2 hari ini . Reason ? Sebabnye ... saya suda berbaik sama sahabat lama saya itu . Mula2 memang tidak berani , thanks atas pertolongan Fanad kerna menarik tangan dye . Sempat berpelukan di depan library lagi tuu . Tidak semena-mena aku telah mengeluarkan air mata . Oittt ! Esya , puasa laaa . Toksah laa nangis2 . hahaa~~ Percubaan pertama berjaya . Tetapi rasa macam tak puas hati sebab mintak maaf dengan cara ituu . Aku pergi tegur dye lagi time dekat pondok tunggu depan sekolah aku tuu . Memang x percaya laa , lepas cakap2 tetiba dye kiss aku kat pipi . Cis ! Tah ada orang nampak ke tidak . Fanad pon kena . Aishh ! Tapi xpe laa . Lagi pon pas nihh dye tidak lagi satu sekolah dengan aku . Sedih laa plak ! Tahun nihh aku xde banyak kenangan yang baik , bagus & gembira bersama dengan dye . Rugi ! Menyesal !

p/s : Awak , saya nak awak tahu yang saya sangat sayangkan persahabatan kita dulu . Dan akhirnye saya & awak sudah kembali berbaik . Saya amat bersyukur . Lepas nihh jangan segan silu untuk roger2 dengan saya ye :)

* orang yang dimaksudkan di atas adalah seorang perempuan oke !


Created by me : Nur Syarah Rabiha : )

Friday, August 20, 2010

Al - Fatihah !

AL - FATIHAH kepada aruah ayahanda SUHAILA binti ABDUL LATIF atas pemergian ayahandanya pada tengah hari tadi pada jam 1 .

p/s : Sue , aku harap kau sabar . Salam takziah dari group KAMI .

Created by me : Nur Syarah Rabiha : )

Wednesday, August 11, 2010

What i want ? What can you give to me ? HAHA

Aku tatau nape mood aku menggila sangat-sangat terhadap barang-barang ini semua . Memang tahap gilaa laa if aku nampk barang2 nihh suma . One day , i will get all of this thing :

Oke , sememangnye aku gilakan segala camera DSLR

Agak2 kan , kalau aku baling bola bowling nihh sume pandang x ? HAHA ! But , ape aku kisah . Dah minat aku . Lalalaaa~~ >_<







Benda alah nihh akan jadi aset yang penting dalam life aku . weeee~~~~ :)

** Pertanyaan ? Xpe , sebelum anda tnye , saya jwb dulu ye . Kenapa PINK ? Aku punye suka laa . Favourite colour aku selain PURPLE !

Created by me : Nur Syarah Rabiha : )

Saturday, August 7, 2010

KAMI BERJAYA HARUNGINYA BERSAMA !

Adakan anda faham akan tajuk itu ? Jika tidak , mari I jelaskan . Pada 6 OGOS 2010 , miera , aliah , zaf & I nekad nk pegi jgk ke tounament bowling tuu anjuran TIGS . Kami mcm ragu2 dengan reason yg F cakapkan . REASON dye : "TIGS ADA PROBLEM , SBB TUU CANCEL TOURNAMENT NYE . " Dye dpt reason tuu dye kata pakcik bowling yg bg tau kt dye . WTH ! ishhh ! HASIL usaha nekad kami , kami dapat NO 2 dalam tournament tuu . Saingan mmg sengit . Kebanyakkan dari dak TIGS yg ada . Team dari TIGS mmg byk , 1 team dari STA dan 1 team dari CONVENT . Bayangkan ! I uruskan pendaftaran kami sendiry . Tuu I xkeysah ! Memang bengang laa time tuu ! Ckgu pon pening kepala dgn kerenah F ! Kami berdiry di atas kaky kami sendiry tanpa pertolongan pihak lain ! Nihh laa hasil nye :



ALIAH , AMIRAH & ZAFIRAH : THANKS COZ SESAMA BERUSAHA . THANKS KERNA BERSATU PADU . THANKS COZ SANGGUP HARUNGINYA . THANKS MENJADI TEAM YANG HEBAT DI MATA SAYA . DAN THANKS SEGALA NYA ! CONGRATS TO US !
Created by me : Nur Syarah Rabiha : )

Friday, July 30, 2010

Gambar-gambar di UTHM =)


KAMI <3









*tengah khusyuk tw denga >___<



senyum semua =)






abang2 & akaq2 UTHM <3



*senyuman I yg agak pelik . blom ready lg laa tuu kott !






kedua-dua gmbar sdg mnunjukkn I nk amek email FB mereka :)


Sesungguh nye , happening laa jugak . Dyeowg sume sporting . I lg laa sporting . HAHA~~

Created by me : Nur Syarah Rabiha : )

Wednesday, July 28, 2010

Girl's outing day - 28 JULY 2010


esya , aliah , miera & zaf




see , our shirt !

bestbestbest friends ! love u all so so so much !

PUAS TENGOK ? HAHA!
Oke . Ini cerita semalam . Outing juz untuk training bowling . X lama lg nk tournament . 1 group 4 orang . So , my group members are zaf , miera & aliah . Point I kaly ini amat men-dukacita-kan ! T___T But , good jobs to miera . Good improvement . Tak banyak cerita nk post kali ini , just gambar yg dapat menunjukkan bahawa KAMI happy together gether

Created by me : Nur Syarah Rabiha : )

Thursday, July 22, 2010

MOODY =="

Tatau laa kenapa dengan hary iny . Dari malam tadi terasa macam nak nangis je . Akhir nye , dekat skola juga laa I lepas kan sume tangisan I T__T Sebab stress kott . Tu pasal laa terus je nangis . Membe2 yang sebelah menyebelah tertanye2 npe tetibe I nangis . TETIBE je ! Time buat kerja SC kott terus laju je mengalir air mata I nihh bagaikan arus deras air sungai .



Created by me : Nur Syarah Rabiha : )

UTHM , here we come !

CERITA 2I JULAI 2010

Firstly , tajuk nk macam tuu kan . HAHA ! Kenapa dengan UTHM ? Meyh , I jelaskan pada you all . Ceyh , da macam kaunter pertanyaan plak >_<
Pengikut2 : Zafirah , Aliah , Amirah , Xi Xing , Tipah & ME >,< [ All from form 4 students ]

SOALAN PERTAMA : Ada apa ?
SOALAN KEDUA : Buat apa ?

JAWAPAN 1 : Karnival Kerjaya 2010 .
JAWAPAN 2 : Jalan2 cuci2 mata . HAHA ~ Sobona nye den pon tatau buat ape . wee~~ Sampai2 je kt sne terus daftar & pergi jalan2 dari satu booth ke 1 booth . Yang paling happeningg dekat booth ape tah ekk nama nye . PALAPES kott kalau x silap laa . Booth nih pasal tentera kott , sebab kt booth tuu sume barang2 tentera je . Jalan2 pastuu g laa kt tempat teater . Dah masuk kt dalam dewan tuu , pastuu keluar balik sbb ckgu takut sempat , kitaowg suma kena balik pukul 5 tp teater or dalam bahasa yg akn anda paham ialah CERAMAH ituu akan habis dalam pukul 5 jugak , so , ckgu tanak laa nanty kelam kabutt jd nye an . Sebulat suara dari kami semua yang kami x nak denga ceramah itu . Tp terasa rugi plak sebab x denga ceramah tuu , ceramah tuu bagus nampak nye . Ceramah untuk kerjaya masa depan :) Petang2 aktivity nye x berapa nak bestt , akaq yg jaga kaunter pendaftaran tuu cakap , sume aktivity di jalankan di sebalah pagi . WAAA ! KECEWA ! Di sebabkan agak bosan juga di sana , ckgu ajak kami balik . Sesampai je dekat DEWAN ANGGERIK kott kalu x silap laa nama dewan tuu , ckgu borak2 pasal takaful kott . So , kteowg lepak laa jauh2 [x jauh mana pon , sebelah ckgu je] HAHA ~ Then , sebelum balik tuu kami ternampak owg2 tentera nak balik , xi xing cakap dye nak bergambar dengan mereka sume . So , I ajak laa yang lain join skaly . Tp , zaf , aliah , miera plak yg malu2 kucing . Sebab kowng malu , xi xing pon ikut malu . I je yg excited . Lepas I pujuk dyeowg sume , baru laa dyeowg rela ikut I . HAHA ~~ Dengan syarat , I yang kena cakap2 dengan tentera2 ituu suma . CISS ! Xpelaa . . . :) Tatau nak cite macam mana bila dekat part nihh . HAHA ~ Its oke laa , biar jadi kenangan je . weee~~~ Then , kami snap2 pics . Akaq2 & abg2 PALAPES memang sporting lerr . HAHA ~ Sempat lagi tuu tukar2 email FB . haha ~~ Oke laa , sampai sini jelaa story nye . I xtau nak cita apa lagi . Gambar2 akan di upload bila gambar ituu sume ada pada I yer ^^ SORRY . Jumpa pada post yang akan datang . . BUBYE ^__^

* post kaly ini bagaikan kanak-kanak ribena terlepas dari zon mana tahh . HAHA ~~~
Created by me : Nur Syarah Rabiha : )

Saturday, July 17, 2010

lepak-ing

SALAM.
Today , I having my great day with my girlfriends & cinta haty . wottt ~~ HAHAA~~ Mission zaf and I hnye nk training bowling je sebab nanty kami ada tournament x lme lagi . But , zaf ajak 1 geng KAMi join skaly . Wahhh~~ Amat terharu mereka sanggup turun demi kteowg sume ^^ But just sue , tpah & nadia nasir yg xdpt join kteowg :( But , still happening laa td . Xtwu mau cte ape . I just upload pic hasil dari hp lily & aliah . Sila tengok keceriaan KAMI bersama ^^



Ada orang tuu tnye nihh kembar 3 ke ? HAHAA~ Berdekah je denga soalan budak tuu .
[ awat I nampak lebeyh gelap dari mereka . ishhh ==" ]




Nihh tenga isi perut dekat kedai makanan Thai . X twu ape nama kedai tuu . Lupa laaa ^^



Sila lihat kepala budak ituu . Menyemak je interframe . Adiq sedara sape laa nihh kan . HAHA !



Sangat loikeeee ini picture . Shomelll je memasing ^^



'Body guard' I . Dye sangat menjaga I denga baik . Dye sanggup belasah budak itu jika budak itu buat hal dengan I . wee~~~ Goli den ckp mcm tuu . Nanty di salah anggap plak . Choiiii !!!



Hahh ! Budak bertudung putih itu sanagt cantek bukan ? GERAM gilaa tgk dye . HAHA~ caption xley blahhh .


Ini aliah & amirah . Kekedang mereka nampak sweet je ^^

Mereka sume saje yg dapat hadir . I sayang u all taw . muahhhhx !!! hukhukhuk !!!

Created by me : Nur Syarah Rabiha : )