Hi all. Welcome to my blog. Have fun reading my blog :")

Saturday, December 1, 2012

What she dream about..


Bertemu kita lagi. Ini post kedua untuk hari ini. Even tidur lewat gila tadi. Tapi bangun awal sangat nih. Ni  dok risau lagi pasal result. Belum rasmi keluar laa. Haih! Okay okay. Stop it! Sya tatau kenapa nak entry pasal nih.. Impian seorang gadis.... Firstly, teringin gila, sangat-sangat nak cake bentuk Hello Kitty. Awww~! Comel wehh. Tatau since when Sya minat Hello Kitty. First member yang tau pasal minat nih ialah si sengal Nazrin tu. Entah pape la Sya pernah bebelkan dekat dia pasal Hello Kitty tu. HAHA~ It seems like this...




Comel kan? Maybe sebab dia pink colour yang cute jugak kot ^^, Secondly, dapat chocolate yang banyak sangat. Fuhh. Seronok macam nih. Sya memang suka sangat makan chocolates. Memang tak ingat orang lain dah kalau dapat chocolates. Ngee~  Baru semalam perhabiskan chocolates adik. hehe~  


Thirdly, I want a bouquet of flower & chocolates. Yummieahh.. Hehee~ *part sweet dah nih* Okay benda nih boleh buat Sya melting habis laa. Hee~ Hmm. Apa lagi? Heee~ Tu je kot buat masa sekarang. Haha~ Okeh, you guys dah boleh prepare hadiah untuk  upcoming birthday Sya. HAHA~ No laaa. No need! Sya saja je buat entry nih sebab dah bosan sangat plus blog nih dah lama tak update kan. Okeh...see you soon :)




Created by me : Nur Syarah Rabiha : )

Friday, November 30, 2012

What A Day ahhhh~

Hai semua. Pasti semua sihat kan? Alhamdulillah. Kepada korang yang tak sihat tu, cepat-capat pi cari ubat ya. Mood hari ni? Errrr... Sangat tak seronok. Sebab budak-budak dah dok check result final exam lepas. Halahaiii lemah jantung den nih. Mula-mula berkeras tanak try check. Konon nak surprise, tapi godaan kan. Pi la check jugak. Okeh. Part lepas tengok "kononnya tu result" nya... Err.. Doakan la semoga result tu ada yang salah ditaip. Pleaseeeeeee.. Harap la sangat tu result tak betul. Tolong la result sebenar pada 10 DISEMBER 2012 tuu kasi pointer lagi tinggi. Ameen~  Semoga dengan izin Allah swt , pointer exam tu ada penambahan. Ameen~







Created by me : Nur Syarah Rabiha : )

Wednesday, November 28, 2012

The new in my life


Hai bloggers. Quite long time kan Sya tak update. Fuh~ Agak berbulan jugakkan. Sorry. Busy sikit sejak sambung study. Now Sya dah further study dekat Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam, Selangor. Jauh weh dengan dengan Johor~  Kali nih, habis lah semester 1. Semester 2 menanti 13 Disember 2012 nanti. Cuti sem den just 2 minggu je wehh. 2 MINGGU~ Apa boleh buat dengan 2 MINGGU tu? Hmm.. Bakes cakes? Outing with girlfriends & boyfriends? Holiday with family? Spend time at home? Errr.. sempat la sangat nak lakukan semua tu. Sobs sobs~ T_T Alhamdulillah, course yang Sya dapat tu boleh dibawa. Even totally study pure science, Alhamdulillah dapat la jugak handle :)  Mula-mula tu memang agak gelabah ah, mana tak nya budak ACCOUNT ke belajar physics, chemistry, biology & addmath. Dah lari sangat tu. But, I'll try my best to catch up semuanya. Here some of my moments at Politeknik :) 


*together we share the happiness *

*prank birthday budak bulan November & sesi makan durian *

*Kawad dan BPS*

All these picture are around semester 1. Batch June 2012 :)

Ada apa pada sem 1? Macam-macam. Biasalah, environment baru. Semua baru. Orang yang kita kenal pun baru. So kita belum cukup kenal hati budi orang sekeliling kita. Macam-macam berlaku. Tak lah Sya nak story kesemuanya disini. Cukup la ia sekadar menjadi kenangan dalam hidup ini. Apa-apa pun, Hi new friends. harap ukhwah persahabatan kita kekal hingga akhirnya :)


Created by me : Nur Syarah Rabiha : )

Sunday, July 1, 2012

Bila aku dah naik angin ..


Hai! Pagi tadi Sya okay je tau. Actually pagi tadi pergi sekolah lama tu. Nak amek tandatangan pengetua untuk pengesahan dokumen PENTING yang nak di bawa ke poli. Dah sampai sekolah, terus la ke pejabat. Masuk pejabat tanya kerani tu pengetua ada tak. Dia cakap ada, tapi takde dalam bilik. Dia jumpa pelajar. Kejap lagi ada taklimat. Tu Sya boleh sabar lagi. Ni, dia suruh Sya pergi sekolah lain, amek tandatangan pengetua sekolah lain. KEPALA MIND HANG LA MAKCIK *Maaf. sebab mencarut. Marah ni* Mau nye kalau Sya pergi dekat sekolah lain, masuk sekolah tu cakap nak jumpa pengetua mau nye pengetua tu pelik. Tak ke malu dapat nye nanti?! Makcik, apa kata makcik suruh anak makcik tu pergi buat dulu. Kita tengok apa effect dia kejap lagi. Tu 1 hal, lagi 1 hal. Bayangkanlah kalau Sya nak sampai tempat study Sya yang HUJUNG SELANGOR tu, tup2 kena balik sini gara-gara dokumen tak lengkap hanya kerna pengesahan tu.  Tak ke naya nanti. BENDA YANG TAK YAKIN, BAIK TAK PAYAH BUAT. NANTI KENA TANGGUNG SENDIRI.  Anak makcik tu boleh ulang alik. Dekat je dengan makcik, dekat je dengan sekolah dia. Tak keluar negeri pun. Cakap memang senang~  Hembus je. Orang lain yang tanggung sendiri.






Created by me : Nur Syarah Rabiha : )

Siapa akak? Siapa adik?


First of all, jawab salam tu dulu ye cik akak, cik adik, cik abang. Sihat sihat semuanya? Alhamdulillah. Ni pun Sya baru je baik demam. Yeayy~ Dah boleh makan Tutti Frutti ni. Cepat-cepat siapa yang dah janji nak belanja tu. Sya dah sihat nih. Ngehngeh~ >.< Cuma, ada la sisa-sisa nye. Tak sepenuhnya sihat. Tinggal selsema je. 

Allright. Back to the title. Malam tadi dan malam semalam berturut pergi tahlil arwah. Malam semalam takde lah orang tanya sangat. Cuma malam tadi tu ha. Sebab malam tadi adik ikut. Ada makcik tu tanya Sya, macam mana akak badan kecik, adik besar pulak. Ohmak-ai~ Tu baru sampai tu kot, tengah salam. Makcik tu tanya ni adik ke akak, Sya jawab la akak. Mak cik siap boleh buat muka terkejut --" Conversation kitaorang macam ni la :

Makcik : Sekolah lagi?
Sya :  Tak lah. Dah habis sekolah dah.
Makcik : Lepas SPM?
Sya : Ya.
Makcik : Yang ni, yang depan?
Sya : Adik. Tingkatan 2.

*** Makcik tu buat muka terkejut ***

Makcik : Macam mana adik boleh lagi besar daripada akak ni?
Sya & adik : Senyum.
Ibu : Adiknya tonjang.

Lepas tu adik msg Sya. Dia cakap, "padan muka kau makcik tu cakap aku akak" . Pergh. Siot gila budak ni .__."  Sebab tu la tanak jalan dengan adik. Kalau jalan dengan dia kena pakai heels yang berinci tingginya. Dah la kurus, TONJANG pulak tu. Grrr~ Sedih. Takpe takpe, Sya still comel lagi. Lalalalaaa~ ^^V Okay. Ni saja buat masa ni. Bye. Assalamualaikum :)

*Malas nak upload gambar ah. Sorry~
** Hari ni hari Isnin terakhir di Batu Pahat ni. Minggu depan jumpa Isnin di Selangor. 70/100 barang dah siap. Ada lagi yang belum. Something like bag kuliah, kasut kuliah, makanan and etc.  Beg sandang/hand bag? Which one? --"  


Created by me : Nur Syarah Rabiha : )

Friday, June 22, 2012

I worried about this...


Hai. Again by me at the same day. Tak boringkan? *I hope laa*  Base on the title kan, Sya memang sangat sangar sangat la risau. Sebab apa? Sebab Sya tak dapat lagi surat feedback dari Politeknik Sultan Idris Shah. Kawan Sya, poli dia dah bagi surat feedback. Haishh. Dan dia dah tau sama ada dia akan dapat hostel ataupun tidak. And me? Dunno -.- Minta-minta laa dapat.  Agaknya kan, dia bagi feedback lambat tu sebab dia dah sediakan hostel ye? *Minta-minta la Sya dapat hostel. Amin Amin*

Lagi 2 minggu ( 16 hari je lagi) Sya akan habiskan sisa-sisa hidup Sya dekat negeri Sya ni. (sadis punya ayat) HAHA~  Barang-barang belum beli okay. Nampak relax kan? Haiya. Actually takde siapa nak teman.
Kbye.






*Actually nak post semalam, tapi adik pulak nak guna. So, terpost next day pulak. Malas nak tukar ayat. Sorryyyy~
Created by me : Nur Syarah Rabiha : )

Favorite tutorial :)

Hai babes. Cuba tengok blog ni. Langsung takde perubahan daripada dulu kan? Melainkan lagu je dah tukar. Hihi~ Haishh. Tatau plus tak reti ah nak edit segala bagai blog ni. Nak letak nuffnag pun tarak reti wooo~ --" Sedih mak, nak. HAHA~ Okay, back to the topic la baby..

Semalam dan hari ni seriously memang bosan gilak. Bangun lambat pun still bosan. Haish! Asyik duduk terperap dalam bilik je. Sampaikan katil ni ha dah bersepah dengan segala batal dan selimut. Tolak sana, tolak sini. HAHA~ (Apa la anak dari ni). So dalam kebosanan tu, Sya buat la pape yang patut. Surf internet--> blog walking, online Facebook & Twitter & Tengok tutorial shawl. Semalam dan hari ni, tengok tuto yang sama. Sebab tuto dia sangat laaaaaaaaaaaaa easyyy & gorgeous ! Orang yang buat tuto tu pun cantek banget deyhh >.< 

Tutorial From IMAsahaja 
Ini link Youtube dia : IMAsahaja

Dan ini antara tutorial yang Sya minat sangat dan akan di cuba. InsyaAllah ^^





Buat masa ni, tutorial ni yang dapat menambat hati Sya. HAHA~ Ia nye cantik, menarik dan kemas. Paling penting dia dapat cover dada kita :) Thank you IMA :)
Bye peeps ^.^

*nak selendang free. HAHA~


Created by me : Nur Syarah Rabiha : )

Wednesday, June 6, 2012

Alhamdulillah. Tawaran menuntut ilmu


Holaa! Wacha doing? Miss me? Shoo sweet~ >.< *STOP gedikgedik! Tengok ni tengok ni...


Alhamdulillah. Akhirnya dapat jugak. Ingat lagi dulu masa result UPU keluar. Tak dapat. Then bagitau dekat abang. Lepas tu abang call. Masa on the phone tu boleh pulak menangis. Alahai~ HAHA~ Tatau nak cakap apa lah kan masa tu. Excited pun ada, takut pun ada. Tatau nak terus Form 6 atau pergi je dekat Politeknik ni. Actually tak kisah dah sekarang ni nak study mana-mana. Asalkan dapat further study. Orang cakap, tak kenal maka tak cinta kan? Macam tu la Sya. Tak try lagi, mana tau best atau tak kan? Actually masa result tu keluar, Sya tak buat apa-apa keputusan pun. Tup tup. Akak & family Sya suruh je pergi Politeknik tu. Nak tau kenapa? Memang sijil STPM tu laku yang teramat. Memang tak dapat dinafikan lagi lah kan. Tapi bagi yang agak malas nak study tu, memang payah la nak "laku" kan sijil tu. FYI, subject Pengajian Am WAJIB lulus okay. Baru korang boleh jual sijil korang tu. (ini pandangan Sya. Lain orang lain pandangan) Tapi sekarang dah mudah la. Sebab dah ada sitem baru. Sistem Modular. Oi oi. Kenapa buat muka pelik bila baca ayat sistem modular tu? Tatau apa tu ke? Pi Google sendiri naaa. Panjang nak explain. Better pi google sendiri. Okay? 

Last week kot. Kami adik beradik saja follow ibu shopping barang Along nak bawak balik Melaka. Sampai je dekat sana, jalan-jalan la sebab memang point nye nak beli barang Along je. Tiba-tiba ibu cakap, " cari sekali barang yang kau nak bawak nanti" Sya dah terkejut plus pelik la. Sya respon la balik dekat ibu " Lama lagi laa ibu. Bulan 7 nanti" . Ibu cakap ibu malas nak keluar lagi. So beli laa barang-barang time tu. Tak banyak pun. Just beli barang kebersihan saja. Macam sabun mandi, sabun basuh baju and etc. Untuk stock tudung, dah beli 2 3 helai je. Oi! Tak cukup ni. Kena beli lagi ni. Stock baju belum beli lagi. Eh chop. Kalau ada yang nak bagi pun okay jugak ni. Boleh bawak pi sana. Lalalalaa~ *buat muka comel penuh mengharap* xD Memang tak banyak baju & tudung laaaaaaa -.- Macam mana laa nanti kan. Kahkah~ Kira-kira lagi 4 Minggu 3 hari lagi nak berangkat ke Sabak Bernam, Selangor. Hmmm.. Jangan tanya dah ready atau belum ya. Anda tau jawapannya. Jauhnya Sya nak pi belajar. Jauh la jugak bandar dengan tempat Sya tu. Memang sebulan sekali kot nak kena beli segala stock. Stock makanan, stock sabun and bla blaaaaa.. Stock makanan tu mesti lagi penting sebab Sya kuat MAKAN oi. Kepada mereka yang dah ada niat nak melawat Sya tu, bawakkan sekali stock makanan ye. Kihkih~ 

Nih, belum pergi lagi dah banyak orang buat appointment nak ajak lepak. Alalalaa~ Shuweettt! Kelmarin (selasa) keluar dengan kawan-kawan. Pergi shopping barang nak bawak pergi belajar. Jalan punya jalan, kitaorang singgah kejap dekat Tasik Y. Pekena ABC. Awww~! Meleleh. Sedap oi. Thank you Lyanna sebab belanja kami *tunggu Sya upload gambar ya* . Then semalam keluar pulak dengan akak & adik. Actually tak rancang langsung nak keluar. Ada cerita sebenarnya sebelum keluar tu. HAHA~ Tapi biarlah rahsia. Main bowling sampai 3 games. Pergh! Longgar semua skru tangan ni. Da lama wey tak main bowling. Akhirnya! Angah belanja. Hoyeh. Sedap bila orang belanja kita kan. Hihi~ Dibelanja makan Pizza lagi. Fuhh! Superb baby!  Semasa on the way balik tu, Abang call. Dia tanya bila Sya nak pi sambung belajar. You know what, abang ajak keluar. Yeahh! Dengan Kak Fara sekali. Yeyeyehh! I cant wait! Kalau tak salah, Sya ada lagi 3 appointment nak kena pergi. HAHA~ Ingat jugak diaorang dengan Sya kan. Sayang korang semua. XOXO! Okay, rasanya. ni saja buat masa sekarang. Bye blogger. Keep in touch ya dear :)  

Ini tempat bakal Sya duduki :)

     
Girlfriends <3

Created by me : Nur Syarah Rabiha : )

Sunday, May 20, 2012

Yang Pertama dalam diri :)


Halahai.. Lama gilo enggak meng-hapdet ini blog. Sorry sayang. Quite busy la baby. Hoyeh! *nak amek hati blog* Kuikui! Sekarang Sya dah jadi student balik yaw. Err.. belum jadi student university lagi. Hmm. Belum rezeki kot. InsyaAllah akan dapat jadi mahasiswi. Amin! Doakan ye ^^ Sya masuk form 6 dekat SMK (P) Temenggung Ibrahim. Siapa tau tu sekolah apa. Siapa ada dekat sekolah tuu. Cer angkat kaki jap. Kuikui! Takpe takpe. Takpayah angkat kaki sangat la kan. HAHA~ Siapa kenal Najwa Latiff? Bohong la kalau tak kenal kan? Dengan gembiranya dan senyum simpulnye Sya nak bagitau, Sya 1 sekolah dengan dia. Huhu~ Tapi kan... memang susah yang teramat nak terserempak dengan dia. Sekolah tu besar dan ramai pelajar wo. Memang payah ahh. Hari keempat baru terserempak dengan dia dekat kantin sekolah. Aloloo~ shomel budak nye. Ehh terasa macam da lain cerita je nih. Niat nak post pasal PARKSON. Tempat kerja. Haiyo. Dah jauh menyimpang pulak dahh. Stop stop.

Dulu kala, sementara menunggu result SPM Sya bekerja as cashier dekat situ tuu. *rujuk atas* Mula-mula memang ah susah yang teramat bila kerja as cashier. Lama-lama, okay dah. Dah boleh ajar orang balik dah. Ingat lagi dulu, masa jaga dekat cashier 8. Waktu tu memang sibuk gila sebab dah nak raya cina. Gila kau tak ramai customer. Ramai gilo wo. Walaupun counter tu dekat ceruk-ceruk dilindungi barang-barang. Still customer boleh nampak okayy. Dekat situ la terserlah ke-clumsy-ian nye Sya. Sampai customer bagi duit tak cukup pun Sya tak sedar. Dan time tu la dia ajar Sya. Hamboi customer tu. Main ajar-ajar plak. Tak nampak ke tag "TRAINEE" tuu? Takpe laa. Boleh dijadikan iktibar oh. Dekat situ la bermulanya cerita kami :) Dan selepasnya. hoho~ Tapis! Dapat kawan baru dekat sana. Belajar itu dan ini. Jumpa customer itu dan ini. Jumpa promoter itu dan ini. Hensem hensem bagai. HAHA~ Tidur dekat kaunter. Opss! Kantoi. Sorry. Time tu memang takde customer langsung. Sempat la 20-30 minit tidur. HAHA~ Nasib ada orang cover. Thank you...errr.. I lupa nama you la sayangg.. Ermm..thank you to buddy promoter carlo rino. huhu~ Then lagi, dah nak last-last day kerja, kena marah @ teguran through phone oleh senior cashier dan HD sebab...hmm.. ada kawan dekat sebelah kaunter cashier. Sampai 2 kali tu kena call. HAHA~ Sorry once again. Lagi, stock take day. Pehhh! Memang penat yang teramat. penat bermain. Kahkahkah~ Tak la penat sangat. Sebab kitaorang just kena kira je berapa barang tu ada. Yang lain-lain dah di setle kan oleh orang atas. Senang kan? Cuma yang tak bestnye, kena balik lambat dalam area 11pm gitu laa. Tapi takpe OT ade ohh.*baru teringat slip gaji tak amek lagi*. Apa lagi ekk kenangan dekat sana. Hmm. Haa, dekat sana la macam-macam kawan yang penah Sya bawak jenjalan. Solo la kata kan. huhu~ Tapi tak lama pun. Dapat kakak and abang dekat sana. *awesome. wink wink* Sayang youolls lahh! Dapat main-main mainan dekat department akak. lalalalaaa~ >.<  Sejak kerja nih, hanya 2 kali je dapat short. Paling banyak pun RM 20 --" Gara-gara kupon. Tapi betullah Sya buat tu. Kupon tu memang ada dua tarikh expired. 1 dah expired. 1 lagi belum! Tapi takpe lah. Dah jadi. Salah Sya jugak kot sebab lupa nak inform awal-awal yang ada dapat kupon macam tu. Thats why la orang atas tatau hal sebenar then diaorang cakap tu short. Almaklum, time tu sebok dok snap snap gambar sebab dah last kerja kan. Takpe. Dah bayar pun short tuu. Sekarang just datang melawat dekat sana je. Seriosly memang rindu gila nak bekerja. Rindu nak jaga kaunter cashier. Rindu nak pegang duit bebanyak. hihi~ Eh, one more thing, dekat sana ramai budak hensem wo! TOINK! TOINK! HAHAA~ Kdah diam. Bye. Ini saja celoteh budak separa matang nih. HAHA~ Assalamualaikum  blogger. Lain kali jumpa lagi. Minta maaf if salah celoteh c:

# sorry takde gambar masa kerja. Malas den nak hupload. Len kali la ye ^^



gambar nih den cilok dengan album membe baik. Maaf ye zaf. Hihi~ 


And.. this is my brother. Yeah. Dia pakai baju tuu. Baju yang 'kitaorang' bagi before dia last day kerja >.<




*Ampun sebeb cilok gambar anda-anda ye. Peace :)

Created by me : Nur Syarah Rabiha : )

Thursday, April 26, 2012

Here I Come


Hey baby. Here I come. Setelah sekian lama menghilangkan diri, baru sekarang Sya muncul. Dek kerna kesibukkan bekerja. Sekarang? Dah pencen sekejap. Berehat seketika bersama family, friends, facebook dan blog. Hehe~  Seriously, banyak gilaaaaaaaaaaaa cerita yang nak share. Tapi tapi tapi kan... M dah datang. Kita buat short story jelaaa yeea :") 

Awal bulan 2 kot kalau tak silap. Banyak gila perkara bermain dalam fikiran Sya. Ditambah pulak dengan kerja gila dia. Fuhhh~! Kerja gila? Ya. Let me introduce him with capital A. A penah lari rumah. Eh bukan lari rumah, hmm.. haa..keluar rumah lepas dia dapat message daripada Sya. Apa isi kandungan message tu biarlah ia rahsia. Actually tatau pun dia keluar rumah. Waktu tengah mandi. Lepas mandi tengok phone ada 3 4 message masuk kot dan ada banyak missed call. Oh no! Message dan call dari number ibu dia dan dia. Penat pujuk dia suruh dia balik rumah. Tapi akhirnya balik rumah jugak. Fuhhh~ 

*Actually kan kan.. banyak cerita nak share tapi cuma MALAS nak taip. Kihkih~ Sorry >,,<
** ALHAMDULILLAH, dapat result SPM yang cemerlang :") Doakan dapat masuk universiti yang cemerlang pulak ya. Terima Kasih =)

Created by me : Nur Syarah Rabiha : )

Sunday, April 15, 2012

New APRIL

Will be back! >.<

Created by me : Nur Syarah Rabiha : )

Monday, February 6, 2012

Pupel Liyana Mega Giveaway


Jom join giveaway nih. Best nohh! Hadiah dia banyak wooo~!

*klik dengan banner untuk join*

Syarat-syaratnya :
1) Buat entry bertajuk "Pupel Liyana Mega Giveaway" dan copy banner dia, letak link blog dia tau 
2) Pastikan anda follower "Pupel Liyana Mega Giveaway" dan like fanpage nih Pupel Liyana Blogspot

3) Letak senarai penaja hadiah yaww..

Pupel Liyana (2x Ohsem Handbag bernilai RM50 setiap satu)
ShagYahya (Memo Stand Comel)
Herba Tihara (1x Book Mark Rose)
Arif ( 3x Full Template Design & 3x Vector)
CicakJawaz (1x kasut Preloved Nose & 1x baju)
Zaihazra (1x header & 1 template blog)
Butik Fiq'ra, Facebook Butik Fiq'ra ( 2x inner bawal)
Butik Mia (1x Tudung bawal)
Putri Auni, Facebook Putri Auni, Fanpage Putri Auni, Like this ( 1 Full template & 3x header)
HannaJr ( 2x brooch Sabah)
Syamina ( 1x wang tunai RM10 & 1x rantai basikal)
Nedy Sweetie, Facebook Nedy Sweetie ( 5x topup RM5)
Twynzshophouse, Facebook Twynzshophouse ( 2x set brooch & shawls)
Eyza ( 4x shawls, 1x pin ribbon, 1x clip shawl)
Lulu Caldina ( 2x sticky post entry 24 jam di Lulu Pages)
Azreen Syafila ( 2x simple header)
Cik Puan Muda Umi (2x topup RM5)
Pink Ummi, Facebook Pink Ummi ( 4x lipgloss AVON, 4x buah note book pooh & 1x helai tudung outer plain)
Qma Shop (1x perfume Paradise - set mini 8ml-type B)
Miszsheyla (2x topup RM10)
TeehaNFM, Facebook TeehaNFM (1x edit minima/blogskin template, 2x header simple, 2x watermark simple)
Diana, Facebook Diana ( 3x header simple)
Fyza life, Facebook Fyza ( 2x topup RM10)
Fieda Rafli (Keychain Langkawi)

4) tag untuk : miera , aliah, wara, syira & yang lain-lain :)
TEMPOH : 2 FEB-29 FEB 2012
Created by me : Nur Syarah Rabiha : )

Monday, January 23, 2012

Benganggg~


Bengang! Bengang! Bengang! Grr. Hari tu (6/1/2012) sebelum balik Sya terbabas. Chopp! Bukan terbabas kereta/basikal/lori.. Grr. Jahat fikir macam tuu. Huh! >.< Hari tu counter cashier Sya tutup lambat sangat. Sebab customer still ada yang nak bayar walaupun dah pukul 10.10pm. Ciss! Kalau pergi shopping tuu, tolong buat pilihan dengan cepat & bayar dengan cepat  ya. Banyak kerja sebenarnya nak buat. Kira duit collection, buat report lagi. Nasib Sya baru trainee lagi. Esok lusa, turn Sya buat semua tuu. Kena tutup counter, kira duit, buat report. Errr -.-  Pagi hari Ahad dalam pukul 12.30am kot Sya dapat msg, terkejut Sya bila baca msg tuu. Sya kena jaga counter sendiri. Haiya -.- Tergamam. Mula lah study itu ini. Pagi nya dah buat muka ready. Dah siap kira duit modal semua. But at last nye, tak jadi bukak counter. HAHA~ Hoyehh! Dah seronok gila lah kan. Sya ditempatkan di counter cashier 7. Dekat atas tuu macam best. Gelak ketawa dengan supervisors. Rupanya friendly jugak diaorang nih. Cuma setengah je. Sya? Ketawa cover-cover sebab still dalam sesi perkenalan dengan diaorang. Chop! Tak bermakna Sya terlepas tak payah bukak counter ya. Kena jugak. Hari Selasa nya (10/1/2012), Sya kena jaga counter dekat counter cashier 6. Alhamdulillah. Memang dekat situ yang harap sangat sebab tak ramai customer sangat dekat sana. Tapi dekat situ ada tempat sensored. HAHA~ Buat tatau sudah kan? Tah pape je budak-budak nihh -.-" First day buka counter, pos buat hal -.- Panggil abang HD yang kebetulan lalu situ. Pergh. Muka dia amat lah poyo kan. Nasib je Sya penyabar. Waktu rehat pulak, abang HD yang sama jaga. Lepas Sya & kawan lepas je staff entrance tu, dia terus HEMPAS PINTU besi tuu. Dah tak reti tutup pintu elok-elok dan bersopan ke bang? -.-" Terus Sya label dia Mat Poyo. Dah tu, bila sebelum Sya nak sign off, tau pulak nak dekat-dekat dengan Sya. Amboi. Dah kenapa? Menyesal? HAHA~ Khamis nye pulak Sya kena buka counter dekat cashier 8. Cashier 8 jarang buka. Banyak kali jugak post tu hang. Dah hang tu, Sya cari jalan penyelesaian..Sya log off banyak kali. Ingatkan takde pape. Rupanya orang dalam boleh tau. Cis. Kena marah. Log off tu function nya kalau kita nak pergi toilet/solat/ kemana kita nak. Kita tanak bagi orang guna post kita. Haiya~

***********************BEBERAPA MINGGU KEMUDIAN*****************************



Semalam( 22/1/2012). Sya kena marah dengan Chief cashier :'( Sebab? Hurmmm.. Sya salah key in amount duit customer. Amount duit customer RM 162+ . Dia bagi RM 114+ . Sya terus enter, drawer tak buka. Terus call bilik cashier. Chief cashier keluar. Hamek kau! Kena dengan dia. Dah dengan dia, customer tu mengajar Sya pulak. Cis! Biadap kau. *evil* First time kena marah dengan dia :'( Abang supervisor yang lalu tanya kenapa Sya tak jawab pape pun. Air mata dah bertakung. Dia tau Sya malas nak jawab soalan dia, dia terus bla. Thank you sebab memahami. Dah lepas beberapa jam, Sya dah boleh gelak ketawa dekat cashier 7. Pelik kan? haha~ Abang supervisor tu cakap cara Sya tu baik. Baik? Baik sebab nasib duit dia tu Sya key in kurang, kalau lebih, memang short. Fuhhh~ Malam nye, ada konflik nak apply cuti. hmmm~ End.


p/s: Sorry ea. Entry dah dah berapa minggu tah tersimpan dalam draft. Tak sempat nak update. UPU pon belum isi. Nak tunggu kakak. Tanya pendapat diaorang.

Created by me : Nur Syarah Rabiha : )

Thursday, January 5, 2012

First Time. First & Second day


Hari nihh Sya offday(Rabu-5/1/2012). Syok gila! Dah dua hari full day kerja. Nasib baik hari nih cuti. Penat laa jugak kerja as cashier nihh. Banyak kerja rupanya cashier nih. Bukan just scan barang. Selasa lepas(3/1/2012) first day Sya bekerja. Pagi tuu nervous sangat-sangat. M.A.Z msg suruh bertenang, berzikir dan banyak lagi.*thanks :) * Sampai sana dalam pukul 9.20 am. Seramai 4 orang cashier baru. Mula-mula kitaorang kena kenalkan diri dekat cashier-cashier lama. Fuhh~ Segan gilaaa. Ramai cashier perempuan, cashier lelaki just ada 2 orang je. *Sya ajak M.A.Z keje sana. Then dia cakap nak jadi cashier jugak >.<* Lepas tu kakak yang jaga counter customer service tu bawak kitaorang semua round-round 1 mall tu tunjuk cashier ke cashier. First day Sya dapat dekat counter cashier concourse. Cashier dekat tempat bawah sekali level 1 tempat ada buat sales. Memang time tu Sya untung sangat laa kan. Sebab tak ramai customer. Waktu tu tempat tu tengah berkemas-kemas untuk promosi chinese new year. Ada buat promosi pakaian lelaki. Memang sangat bosan. Tapi ada untungnya sebab Kak Hana ada banyak masa boleh ajar Sya banyak perkara. Banyak Kak Hana ajar. Mula-mula memang blur, lama-lama dah okay. Alhamdulillalah. First time pegang tempat scanner. Nervous seyy. Banyak jugak aku tanya dekat Kak Hana & Kak Suhadah. First day kena rehat dengan mentor. Dah lama tu, tatau nak cakap apa dengan Kak Hana. First day aku dah buat salah. Salah scan harga. Sepatutnya kena scan harga promosi, tapi Sya salah. Kak Hana macam marah je. Rasa serba salah sangat. Cerita first day habis dekat sini.


Second day(4/1/2012)  pulak, penuh dengan trainning class. Second day Kak Aisyah & Kak Ika yang jadi mentor Sya. Second day nih Sya jaga counter cashier dekat level bahagian lelaki, semalam pun dapat dekat tempat bahagian lelaki tapi dekat level bawah & luar. Kak Aisyah cakap kitaorang nih untung sangat sebab ada training class. Dulu dia takde pun, kena belajar sendiri. Alhamdulillah. Maybe kitaorang cashier baru nih ramai sangat kot. Tu yang ada class. Second day lagi banyak belajar. Itu ini. Kak Aisyah sangat peramahhhhhhh & kelakar. Dia banyak pengalaman. Dah belajar jawab call dekat cashier. Haa, cakap pasal angkat call nih. Ada sekali tu TER cakap "hello customer service" Tapi ayat nye tak habis lagi Sya dah betul kan balik. Then terkejut orang sana jawab "woi! panggil Ika" . Hamek kau. Rupa nya yang call tu ketua cashier. Waktu tersalah cakap, waktu tu lah ketua tu nak call. Nasib nasib. Rupanya dia tengah marahkan Kak Ika. Sya dah terpinga-pinga. HAHA~ Terlalu busy dengan class, sampaikan dah janji dengan kawan nak rehat pukul 4 terpkasa tunda ke pukul 5 dan akhirnya kena pukul 6. HAHA~ Hari nih untung sangat dapat save duit. Dia nak belnja makan. Semalam pun dia datang tapi tak sempat nak belanja. Dia belanja sebab dia dah janji awal tahun lepas. HEHE~ Nasib baik Kak Lisa bagi call kawan tuu. Dia tau pasal nih. Okay, dekat level bahagian lelaki nih Kak Aisyah cakap memang selalu busy. Tak pernah tak busy. Rupa nya kaum lelaki nih suka shopping jugak. Jangan tak percaya ye. Buktinya, counter cashier baru nak tutup & mall dah nak tutup still ada customer nak bayar. Balik pun kena lambat. Okay, tamat disini. Esok kerja FULL --"



* I need a coat to cover my hand. Ibu, pleaseeeeeeeeeeeeee~  :'(

Created by me : Nur Syarah Rabiha : )

Monday, January 2, 2012

Its Tomorrow


Bismillahhirrahmannirrahim. Alhamdulillah. Dapat kerja dekat Parkson as cashier. Esok dah kena start kerja. First day dah kena full time. Daripada pukul 9.30am-10.00pm. Lamaaaa nyaaaa. Tadi petang datang sana ambil baju. Belajar cara tengok jadual, itu, ini dan bla bla bla. Ingatkan nak tengok wayang, tapi malangnya tak dapat. Plan batal. Proses sebelum ambil baju tu TER-ambil masa yang lama. Still ada kena isi nama dekat buku-buku tertentu. Dah settle semua, bertawaf jalan-jalan cari kasut adik sedara kawan. Jalan-jalan macam takde arah tujuan dah akhirnya dapat habuan yang sangat best merana -_____- Kaki sakit & perut pun turut memberontak. Perghh! Memang syokkk! Ni lah padah keluar rumah dengan perut kosong tak makan apa-apa. Dah sakit tuu, terus cari coolblog. Dapat jugak isi perut nih, tapi air jelaa. Rasa macam malas nak makan time tu. Dan akhirnya makan pada jam 8.10pm tadi. Balik terus try baju kerja tuu. Ehem ehemm, Sya nampak macam comel pakai baju tuuu. Muahaha~ *Baldi baldi* Tapi, spoil la baju tuuuu. Baju tu lengan pendek dan tak boleh pakai inner = =" Kalau nak cover lengan kena pakai jaket. Jaket? Rembat jacket kerja ayah laa. HAHA~ Esok semuanya bermula. Langkah pertama, experience pertama dah semuanya pertama kali. Belum pernah Sya bekerja. First time bekerja terus jadi cashier. HAHA~ Minta-minta takde apa-apa berlaku. Semoga semua berjalan dengan lancar. Pembalikan wang dengan betul, tak careless. Amin! Semua baju & tudung dah basuh. Tinggal tunggu nak kering. Esok pagi baru boleh ironnnnnn. Jangan kelam-kabut sudah yaa. Seriously, Sya nervous sangat. Nih first time bekerja. FIRST TIME babe. Kalau nervous, memang confirm akan sakit perut. Damn. Memang tak suka perasaan macam nihhh. Nanti mulalah buat nih tak betul buat tu salah. Grrr. Mata nih dah berat sangat. Semalam 1 jam je tidur. Nak tunggu cerita Ong Bak habis punya pasal. Sanggup tunggu sampai 4.00am. Pelik ya amat tetiba rajin nak tengok cerita ganas macam tuu. Selalu nye bukan main berdebat sebab tanak tengok cerita tuu. HAHA~ *dah matang sangat nih kot :P * Besok kena bangun awal lagi -.-  Jangan penat Sya. Dont ever you feel like that.  Okay bye.



p/s: Doakan untuk Sya ya esok. Nak jadi pekerja cemerlang & berdedikasi :)

Created by me : Nur Syarah Rabiha : )

Sunday, January 1, 2012

Tak sangka @.@


Hi, how your day today? Good? Yeah! *bajet* Hari nih memang tak sangka kot. Mana tak nye, Sya boleh buat orang menangis gara-gara Sya tak reply msg dia. Sound like weird right? No? Okay! Ignore about that -.- Tu laa, lain kali kalau dah ngantuk tuu, cakap jelaa ea awak. Bila saya dah ucap "morning" (jam pada waktu tu menunjukkan 3.04am), awak tersedar dalam pukul 5.21am awak sent sekali 4 messages dekat saya? Fuhh! Dahsyat. HAHA~  Dan saya reply msg awak pada pukul 5.40am. Nasib baik saya bangun awal >.<  Awak tak tidur ke lepas awak sent msg2 tuu? Dengan jujurnya awak mengaku awak menangis sebab awak takut awak *sensored*.  Kenapa gedik nye awak nih. HAHA~ Tapi macam tak percaya kan awak menangis sebab saya? Thanks sebab awak betul-betul care dekat saya, suka buat saya gelak tak ingat dunia  :)



       


*saya tak paksa awak menunggu~ :) 
*entry yang sangat best pada awal tahun 2012 ^.^

Created by me : Nur Syarah Rabiha : )