Hi all. Welcome to my blog. Have fun reading my blog :")

Monday, November 29, 2010

Tajuk dari hati !

Baru aku sedar sekarang . Terima Kasih kepada mereka . Okayy , aku mintak maaf dekat korang sume . Aku tak sedar . Itu gunanya "KAWAN" . Terima kasih atas segala teguran , tapi tak perlu kott sampai tanak layan aku , hentam aku kt FB . HAHAHA~!!!








* AKU RINDU GILA WAKTU-WAKTU INI ! Boleh ke ia kembali pada aku ? Hanya pada Allah aku berserah .

** Aku memerlukan kekuatan untuk menghadiri Jamuan Group "PERSAHABATAN KAMI itu. Perluke aku hadiri nye sedangkan mereka mungkin suka or tidak suka ? T____T

Created by me : Nur Syarah Rabiha : )

Wednesday, November 17, 2010

Result Akhir Tahun~

Assalamualaikum~
Salam hormat dan Salam Sejahtera :]

Hari ini merupakan Hari Terbuka SMK Convent Batu Pahat, Johor . Enta ape tahh tibe2 hati aku dah berdegup-degup . Sebelum ni nak amek result setengah tahun tak takut pon walaupon time tuu ade 1 sbjek gagal . Tah ape tah kali nii takut semacam tapi sume lulus BUT markah menurun kebanyakkannye . Hadoi~ Tak laa kena marah sangat , tapi kena bebel dengan ayah sebab asyik ber-FB aje . HAHA~!!! Akhir tahun ni aku dapat nombor 8/34 orang students . Setengah tahun aku dapat nombor 7 . Turun 1 anak tangga je . Tapi takut jugak laa kalau tukar kelas . Aku nak tetap dalam kelas LILI . Aku tanak turun kelas . Nanti aku tak belajar bila dah bercampur dengan mereka-mereka sume . Dah lah tahun depan nak pi hamek SPM . Kena concentrate ! No more jokes , no more play ! Just book can be my boyfie next year~ Mudah-mudahan aku kekal didalam kelas LILI . AMIN ! Doakan yer kawan-kawan . Semoga anda mendapat keberkatan dari Allah SWT kerana telah meluangkan masa anda untuk mendoakan saya =] AMIN~


STUDY HARD or STUDY SMART ? The answer is BOTH !

Created by me : Nur Syarah Rabiha : )

Jamuan Pembimbing Rakan Sebaya 2010

Assalamualaikum~
16 NOVEMBER 2010
Agak lewat kott untuk update pasal jamuan ni . Sorry lahh , agak busy laa plus dengan belum ada mood untuk update . Banyak story sebenarnye aku nak cerita tapi nanti-nantilah . Okayy , berbalik kepada tajuk post ini , aku nak cerita pasal jamuan PRS (Pembimbing Rakan Sebaya) sekolah aku kali ini amat hambar dan membosankan . Ini kerana tak ramai ahli yang datang . Boleh dikira dengan jari je ! Budak-budak Form 1 berapa kerat je , dalam 5 orang je kott . Form 2 , 3 langsung tak ada ! Form 5 memang lah tak ada kan sebab mereka busy study untuk SPM yang akan berlangsung pada 23 November ini . Kami dari Form 4 jugak lahh yang dapat memeriahkan jamuan tuu . HAHA~!!!! Masa jamuan tuu just makan BBQ je . Yang bakar , Een , Aisyah & aku je . Tapi ade jugak mereka yang tolong kejap-kejap . Tapi yang full time jaga hanya kami bertiga sehingga kami orang yang terakhir makan . Tu pon dahh nak habis . Mana tak nye , sume cikgu yang lalu , cikgu PRS kami panggil jemput makan sekali . Tapi tak apa ~ Tapi kan , kesian betul dekat kami , pakai baju lawa-lawa , makeup cantik-cantik tapi akhir nye kena berdepan dengan arang . Nasib baik tak hitam muka kami . Masa jamuan berlangsung , budak-budak cina dah organise games . Game yang pertama tah ape tah nama nye . And ada 1 game yang kena bermain dengan air . Aku , Een & Aisyah escape main sume game nihh . Ada pulak dak2 junior nihh sume tak bawak hadiah tok tukar-tukar , kena lahh budak-budak senior beli hadiah dekat CARREFOUR , nasib baik sekolah aku dekat dengan careefour uhh . Untuk adil lahh kot , budak-budak senior cina , dengan sorok kan hadiah-hadiah ni sume & kitaorang kena cari sendiri . Can guess what i got ?!!! I got a box off SNACK (macam kuih bahulu gulung) dah la aku tak reti makan benda alah tuu . Makanan tuu still dalam kotak !



Doe Vin , Kai Zhen , Carrie & I
~ 1 MALAYSIA ~




Muka sebelum kena bakar BBQ =="
Kami kawan baik =]

Created by me : Nur Syarah Rabiha : )

Saturday, November 13, 2010

HAPPY BIRTHDAY ADIK ,

Happy Birthday adik ,
Semoga kau menjadi seorang anak yang baik , solehah , dipanjangkan umur , mendengar kata , tidak melawan , menjadi pelajar yang pandai lagi bijaksana , bijak membezakan yang baik & buruk . Cemerlang & berjaya dalam segala yang engkau ceburi . Semoga juga hidup kau diberkati Allah . Semoga engkau dapat membawa diri kau kedalam suasana sekolah menengah nanti , pandai-pandailah membawa diri & pandai-pandailah memilih rakan . Jangan salah pilih sudah ! Sesungguhnya disekolah , terdapat pelbagai jenis ragam & perangai manusia yang berbeza . Cuma kita yang perlu bijak untuk memilihnya . AMIN ! Mudah-mudahan ya . Biarkan orang kata kita ini terlalu memilih , jangan pula nanti kita dikatakan salah memilih .




Actually , bufday budak ni pada hari Jumaat [ 12 November ] . Cuma aku yang lupa nak update pasal budak ni . Sorry ye diq :)


Created by me : Nur Syarah Rabiha : )

Monday, November 8, 2010

Not feeling very well~



Sobss~!!! sobss~!!! Aku demam yaww . Daripada hari sabtu (6 November) sampai lahh hari ini . Tapi , hari ini dahh kurang sikit panas badan aku nihh . Cuma sakit-sakit perut , pening kepala & akan terasa macam nak muntah bila aku makan banyak . Kalau tak sebelum nihh , hanya terbaring je . (kesian tak kat aku nihh ?!!) Masa demam tuu , asyik sakit pinggang je . Sebelum nihh aku just makan panadol biasa je . So , bila dah sakit pinggang tuu , kena tambah laa ubat nya , aku pi makan ubat panadol muscle extend . Ishh ! ( dah macam orang tua ! ) Kepada rakan-rakan aku semua , doakan lah aku cepat sembuh yaww . Kesian kat aku nihh . ( oke , sudah cari perhatian orang . hee~!! ) Okeyy laa , malas mau taip-taip lagi . Bubbye~~!!!

*Terima kasih kepada anda semua jika anda telah meluangkan masa anda untuk berdoa atas kesihatan saya ini . Jasa anda semua tidak dapat saya balas dengan kata-kata atau apa-apa kerna hanya Allah SWT yang dapat dan insyaAllah akan membalasnya . Terima kasih sekali lagi :]
Created by me : Nur Syarah Rabiha : )

Friday, November 5, 2010

HAPPY BIRTHDAY AYAH ,

Allah selamatkan kamu ,
Allah selamatkan kamu ,

Allah selamatkan ayah ,

Allah selamatkan kamu ..


Selamat hari jadi untuk ayah .
Semoga murah rezeki ,

dipanjangkan umur ,

diberi kesihatan yang baik ,

mudah-mudahan segala amalan ayah diterima oleh Allah SWT .

AMIN !

We all LOVE you !

This is my super duper daddy !
I Love him !
I Love my Family too !
Dont be jealous oke . HAHA ~!!




*thanks coz belanja kami pizza . heee~

Created by me : Nur Syarah Rabiha : )

Thursday, November 4, 2010

Tiada Perasaan =="

Enta laa kan . Apa nak jadi dengan aku ni . Semua yang aku buat semuanya macam tak kena je . Haishh . Sekarang kerja aku just fikir pasal exam yang tinggal lagi 2 paper & fikir pasal 'passcard' untuk jamuan kelas aku . Mula-mula bukan main lagi aku excited nak buat . Tapi akhirnya , semakin hari semakin lari jauh-jauh pulak mood aku nak buat passcard tuu . Tuu laa lain kali kalau aku kata nak buat time tuu , silaa laa rajin-rajin teman aku buat passcard nye . So , sekarang mood nya dahh lari .. siapa nak kejar ? HAISHH !

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dalam minggu nihh maybe aku akan kurang ber-contact dengan orang itu . Handphone dye hilang laa . Ishh , tuu laa bawak lagi ke sekolah . Kepada si pencuri , silaa laa pulangkan harta orang lain . Tak sempurna hidup kau kat dunia nihh nanti . Aishh ! Disebabkan itu laa semalam aku tak dapat tidur malam . Ada kekurangan ...
Created by me : Nur Syarah Rabiha : )

Wednesday, November 3, 2010

Bagaikan ...

AKU ?
Bagaikan tidak dihargai . Apa yang aku lakukan bagaikan tidak memberi erti kepada mereka . Malah diperkatakan dan disuruh agar tidak melakukannya . Apa semua ini ? Baiklahh , selepas ini kau lakukan segala nye seorang diri . Jangan hendak meminta tolong dari aku . Aku hanya hendak meringankan kerja kau , tapi engkau ? BAIKLAHH ! Sebagai sahabat , aku hanya lakukan ape yang aku mampu lakukan .

TERIMA KASIH !

Created by me : Nur Syarah Rabiha : )

Tuesday, November 2, 2010

Kecewa @_____@

KECEWA GILAA DEKAT PAPER ACCOUNT TADI ! SUSAH GILAA LAAA ! Hadoii ! Boleh tak ingat pulak ape yang dah baca . Ishhh . Redha jelaa dekat paper 1 . Tuu pon kalau bernasib baik . Tapi , moga-moga dapat markah yang cemerlang . Dapat 65% - 69% / 70& tuu pon dah kira bersyukur Alhamdulillah . Tapi cikgu account aku target group aku sume dapat paling teruk pon dalam 75% . Moga-moga segala usaha aku ini , mendatangkan kebaikan dan kesenangan pada diri aku ini . Aku nak stay dekat kelas LILI . Tak mahu turun . Nanti aku tak belajar plak kalau ter-join 'mereka-mereka' ituu . Rosak pulak aku nanti . Aishh . Doakan aku ye agar mendapat keputusan yang cemerlang . Ok , semua sila baca yang ini oke . Sila-silaa ...

Dengan ini , saya sebagai pembaca blog ini , saya mendoakan agar Nur Syarah Rabiha mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan beliau pada kali ini . Semoga beliau mendapat kejayaan yang beliau ingin kecapi . Dan semoga beliau mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia beliau pada tahun hadapan . Amin !


Terima kasih atas doa anda semua ituu . Semoga anda pun mendapat perkara yang sama . Amin !
Created by me : Nur Syarah Rabiha : )