Sunday, July 1, 2012
Bila aku dah naik angin ..
Siapa akak? Siapa adik?
First of all, jawab salam tu dulu ye cik akak, cik adik, cik abang. Sihat sihat semuanya? Alhamdulillah. Ni pun Sya baru je baik demam. Yeayy~ Dah boleh makan Tutti Frutti ni. Cepat-cepat siapa yang dah janji nak belanja tu. Sya dah sihat nih. Ngehngeh~ >.< Cuma, ada la sisa-sisa nye. Tak sepenuhnya sihat. Tinggal selsema je.
Allright. Back to the title. Malam tadi dan malam semalam berturut pergi tahlil arwah. Malam semalam takde lah orang tanya sangat. Cuma malam tadi tu ha. Sebab malam tadi adik ikut. Ada makcik tu tanya Sya, macam mana akak badan kecik, adik besar pulak. Ohmak-ai~ Tu baru sampai tu kot, tengah salam. Makcik tu tanya ni adik ke akak, Sya jawab la akak. Mak cik siap boleh buat muka terkejut --" Conversation kitaorang macam ni la :
Makcik : Sekolah lagi?
Sya : Tak lah. Dah habis sekolah dah.
Sya : Tak lah. Dah habis sekolah dah.
Makcik : Lepas SPM?
Sya : Ya.
Sya : Ya.
Makcik : Yang ni, yang depan?
Sya : Adik. Tingkatan 2.
Sya : Adik. Tingkatan 2.
*** Makcik tu buat muka terkejut ***
Makcik : Macam mana adik boleh lagi besar daripada akak ni?
Sya & adik : Senyum.
Ibu : Adiknya tonjang.
Lepas tu adik msg Sya. Dia cakap, "padan muka kau makcik tu cakap aku akak" . Pergh. Siot gila budak ni .__." Sebab tu la tanak jalan dengan adik. Kalau jalan dengan dia kena pakai heels yang berinci tingginya. Dah la kurus, TONJANG pulak tu. Grrr~ Sedih. Takpe takpe, Sya still comel lagi. Lalalalaaa~ ^^V Okay. Ni saja buat masa ni. Bye. Assalamualaikum :)
*Malas nak upload gambar ah. Sorry~
** Hari ni hari Isnin terakhir di Batu Pahat ni. Minggu depan jumpa Isnin di Selangor. 70/100 barang dah siap. Ada lagi yang belum. Something like bag kuliah, kasut kuliah, makanan and etc. Beg sandang/hand bag? Which one? --"
*Malas nak upload gambar ah. Sorry~
** Hari ni hari Isnin terakhir di Batu Pahat ni. Minggu depan jumpa Isnin di Selangor. 70/100 barang dah siap. Ada lagi yang belum. Something like bag kuliah, kasut kuliah, makanan and etc. Beg sandang/hand bag? Which one? --"
Subscribe to:
Posts (Atom)