Hi all. Welcome to my blog. Have fun reading my blog :")

Wednesday, June 6, 2012

Alhamdulillah. Tawaran menuntut ilmu


Holaa! Wacha doing? Miss me? Shoo sweet~ >.< *STOP gedikgedik! Tengok ni tengok ni...


Alhamdulillah. Akhirnya dapat jugak. Ingat lagi dulu masa result UPU keluar. Tak dapat. Then bagitau dekat abang. Lepas tu abang call. Masa on the phone tu boleh pulak menangis. Alahai~ HAHA~ Tatau nak cakap apa lah kan masa tu. Excited pun ada, takut pun ada. Tatau nak terus Form 6 atau pergi je dekat Politeknik ni. Actually tak kisah dah sekarang ni nak study mana-mana. Asalkan dapat further study. Orang cakap, tak kenal maka tak cinta kan? Macam tu la Sya. Tak try lagi, mana tau best atau tak kan? Actually masa result tu keluar, Sya tak buat apa-apa keputusan pun. Tup tup. Akak & family Sya suruh je pergi Politeknik tu. Nak tau kenapa? Memang sijil STPM tu laku yang teramat. Memang tak dapat dinafikan lagi lah kan. Tapi bagi yang agak malas nak study tu, memang payah la nak "laku" kan sijil tu. FYI, subject Pengajian Am WAJIB lulus okay. Baru korang boleh jual sijil korang tu. (ini pandangan Sya. Lain orang lain pandangan) Tapi sekarang dah mudah la. Sebab dah ada sitem baru. Sistem Modular. Oi oi. Kenapa buat muka pelik bila baca ayat sistem modular tu? Tatau apa tu ke? Pi Google sendiri naaa. Panjang nak explain. Better pi google sendiri. Okay? 

Last week kot. Kami adik beradik saja follow ibu shopping barang Along nak bawak balik Melaka. Sampai je dekat sana, jalan-jalan la sebab memang point nye nak beli barang Along je. Tiba-tiba ibu cakap, " cari sekali barang yang kau nak bawak nanti" Sya dah terkejut plus pelik la. Sya respon la balik dekat ibu " Lama lagi laa ibu. Bulan 7 nanti" . Ibu cakap ibu malas nak keluar lagi. So beli laa barang-barang time tu. Tak banyak pun. Just beli barang kebersihan saja. Macam sabun mandi, sabun basuh baju and etc. Untuk stock tudung, dah beli 2 3 helai je. Oi! Tak cukup ni. Kena beli lagi ni. Stock baju belum beli lagi. Eh chop. Kalau ada yang nak bagi pun okay jugak ni. Boleh bawak pi sana. Lalalalaa~ *buat muka comel penuh mengharap* xD Memang tak banyak baju & tudung laaaaaaa -.- Macam mana laa nanti kan. Kahkah~ Kira-kira lagi 4 Minggu 3 hari lagi nak berangkat ke Sabak Bernam, Selangor. Hmmm.. Jangan tanya dah ready atau belum ya. Anda tau jawapannya. Jauhnya Sya nak pi belajar. Jauh la jugak bandar dengan tempat Sya tu. Memang sebulan sekali kot nak kena beli segala stock. Stock makanan, stock sabun and bla blaaaaa.. Stock makanan tu mesti lagi penting sebab Sya kuat MAKAN oi. Kepada mereka yang dah ada niat nak melawat Sya tu, bawakkan sekali stock makanan ye. Kihkih~ 

Nih, belum pergi lagi dah banyak orang buat appointment nak ajak lepak. Alalalaa~ Shuweettt! Kelmarin (selasa) keluar dengan kawan-kawan. Pergi shopping barang nak bawak pergi belajar. Jalan punya jalan, kitaorang singgah kejap dekat Tasik Y. Pekena ABC. Awww~! Meleleh. Sedap oi. Thank you Lyanna sebab belanja kami *tunggu Sya upload gambar ya* . Then semalam keluar pulak dengan akak & adik. Actually tak rancang langsung nak keluar. Ada cerita sebenarnya sebelum keluar tu. HAHA~ Tapi biarlah rahsia. Main bowling sampai 3 games. Pergh! Longgar semua skru tangan ni. Da lama wey tak main bowling. Akhirnya! Angah belanja. Hoyeh. Sedap bila orang belanja kita kan. Hihi~ Dibelanja makan Pizza lagi. Fuhh! Superb baby!  Semasa on the way balik tu, Abang call. Dia tanya bila Sya nak pi sambung belajar. You know what, abang ajak keluar. Yeahh! Dengan Kak Fara sekali. Yeyeyehh! I cant wait! Kalau tak salah, Sya ada lagi 3 appointment nak kena pergi. HAHA~ Ingat jugak diaorang dengan Sya kan. Sayang korang semua. XOXO! Okay, rasanya. ni saja buat masa sekarang. Bye blogger. Keep in touch ya dear :)  

Ini tempat bakal Sya duduki :)

     
Girlfriends <3

Created by me : Nur Syarah Rabiha : )

Sunday, May 20, 2012

Yang Pertama dalam diri :)


Halahai.. Lama gilo enggak meng-hapdet ini blog. Sorry sayang. Quite busy la baby. Hoyeh! *nak amek hati blog* Kuikui! Sekarang Sya dah jadi student balik yaw. Err.. belum jadi student university lagi. Hmm. Belum rezeki kot. InsyaAllah akan dapat jadi mahasiswi. Amin! Doakan ye ^^ Sya masuk form 6 dekat SMK (P) Temenggung Ibrahim. Siapa tau tu sekolah apa. Siapa ada dekat sekolah tuu. Cer angkat kaki jap. Kuikui! Takpe takpe. Takpayah angkat kaki sangat la kan. HAHA~ Siapa kenal Najwa Latiff? Bohong la kalau tak kenal kan? Dengan gembiranya dan senyum simpulnye Sya nak bagitau, Sya 1 sekolah dengan dia. Huhu~ Tapi kan... memang susah yang teramat nak terserempak dengan dia. Sekolah tu besar dan ramai pelajar wo. Memang payah ahh. Hari keempat baru terserempak dengan dia dekat kantin sekolah. Aloloo~ shomel budak nye. Ehh terasa macam da lain cerita je nih. Niat nak post pasal PARKSON. Tempat kerja. Haiyo. Dah jauh menyimpang pulak dahh. Stop stop.

Dulu kala, sementara menunggu result SPM Sya bekerja as cashier dekat situ tuu. *rujuk atas* Mula-mula memang ah susah yang teramat bila kerja as cashier. Lama-lama, okay dah. Dah boleh ajar orang balik dah. Ingat lagi dulu, masa jaga dekat cashier 8. Waktu tu memang sibuk gila sebab dah nak raya cina. Gila kau tak ramai customer. Ramai gilo wo. Walaupun counter tu dekat ceruk-ceruk dilindungi barang-barang. Still customer boleh nampak okayy. Dekat situ la terserlah ke-clumsy-ian nye Sya. Sampai customer bagi duit tak cukup pun Sya tak sedar. Dan time tu la dia ajar Sya. Hamboi customer tu. Main ajar-ajar plak. Tak nampak ke tag "TRAINEE" tuu? Takpe laa. Boleh dijadikan iktibar oh. Dekat situ la bermulanya cerita kami :) Dan selepasnya. hoho~ Tapis! Dapat kawan baru dekat sana. Belajar itu dan ini. Jumpa customer itu dan ini. Jumpa promoter itu dan ini. Hensem hensem bagai. HAHA~ Tidur dekat kaunter. Opss! Kantoi. Sorry. Time tu memang takde customer langsung. Sempat la 20-30 minit tidur. HAHA~ Nasib ada orang cover. Thank you...errr.. I lupa nama you la sayangg.. Ermm..thank you to buddy promoter carlo rino. huhu~ Then lagi, dah nak last-last day kerja, kena marah @ teguran through phone oleh senior cashier dan HD sebab...hmm.. ada kawan dekat sebelah kaunter cashier. Sampai 2 kali tu kena call. HAHA~ Sorry once again. Lagi, stock take day. Pehhh! Memang penat yang teramat. penat bermain. Kahkahkah~ Tak la penat sangat. Sebab kitaorang just kena kira je berapa barang tu ada. Yang lain-lain dah di setle kan oleh orang atas. Senang kan? Cuma yang tak bestnye, kena balik lambat dalam area 11pm gitu laa. Tapi takpe OT ade ohh.*baru teringat slip gaji tak amek lagi*. Apa lagi ekk kenangan dekat sana. Hmm. Haa, dekat sana la macam-macam kawan yang penah Sya bawak jenjalan. Solo la kata kan. huhu~ Tapi tak lama pun. Dapat kakak and abang dekat sana. *awesome. wink wink* Sayang youolls lahh! Dapat main-main mainan dekat department akak. lalalalaaa~ >.<  Sejak kerja nih, hanya 2 kali je dapat short. Paling banyak pun RM 20 --" Gara-gara kupon. Tapi betullah Sya buat tu. Kupon tu memang ada dua tarikh expired. 1 dah expired. 1 lagi belum! Tapi takpe lah. Dah jadi. Salah Sya jugak kot sebab lupa nak inform awal-awal yang ada dapat kupon macam tu. Thats why la orang atas tatau hal sebenar then diaorang cakap tu short. Almaklum, time tu sebok dok snap snap gambar sebab dah last kerja kan. Takpe. Dah bayar pun short tuu. Sekarang just datang melawat dekat sana je. Seriosly memang rindu gila nak bekerja. Rindu nak jaga kaunter cashier. Rindu nak pegang duit bebanyak. hihi~ Eh, one more thing, dekat sana ramai budak hensem wo! TOINK! TOINK! HAHAA~ Kdah diam. Bye. Ini saja celoteh budak separa matang nih. HAHA~ Assalamualaikum  blogger. Lain kali jumpa lagi. Minta maaf if salah celoteh c:

# sorry takde gambar masa kerja. Malas den nak hupload. Len kali la ye ^^



gambar nih den cilok dengan album membe baik. Maaf ye zaf. Hihi~ 


And.. this is my brother. Yeah. Dia pakai baju tuu. Baju yang 'kitaorang' bagi before dia last day kerja >.<




*Ampun sebeb cilok gambar anda-anda ye. Peace :)

Created by me : Nur Syarah Rabiha : )