Hello everybody. Hurm. Seriously Sya tatau nak buat apa lepas SPM nih. Boring setiap masa. Dan setiap hari lah Sya tidur & bangun lambat. Hehehe~ Korang yang belum habis sekolah, jangan cuba-cuba fikir bila nak habis sekolah. Confirm korang akan rasa menyesal. Sebab apa? Takpayah la tanya. Korang akan rasa bosan yang teramat sangat. Lain lah kalau korang rajin nak bekerja. Tu kalau still ada kerja kosong. Rutin Sya sekarang nih just
tidur, bangun, solat, tidur balik, bangun, tengok tv, makan, online, online, solat, online, makan, tidur, solat, makan, online, solat maghrib, makan, tengok tv. See, betapa busy nya Sya kan? -.- Baru cuti 2 minggu, ada lagi berbulan-bulan cuti Sya sebelum result SPM keluar & sebelum dipanggil oleh mana-mana universiti >__< Buat masa sekarang just jadi penganggur TERHORMAT buat SEMENTARA waktu. Baru 2 minggu cuti, baru 2 kali lepak jalan-jalan dan hanya 1 movie je yang dapat tengok. Arghhh! Tak kira, Ombak Rindu kena setle jugak dalam minggu nihh. Tak nak kempunan :( Allright, mungkin minggu nih akan date dengan bestie and cousin. Ouh. Sangat excited. Tengok movie, bowling, jalan-jalan cuci mata, makan-makan gemuk kan badan. Wallahhh!>.< Part nak perhabiskan duit tuu, tak boleh tahan. HAHA~ Bila SPM dah tamat, budak-budak mesti dah chop nak kerja apa lepas nih. Iye dak? Untunglah kalau ada yang dah dapat kerja. Sya je nih yang belum. Tatau and confius nak kerja apa. Pelayan mcD? Cashier? Kerja di Farmasi? Kedai buku? Banyakkan pilihan -.- Ibu suruh Sya kerja dekat mcD, tapi Sya rasa amat lah malas sebab nanti kalau ramai orang, Sya akan jadi sangat
clumsy and tak tentu arah --" Mula lah nanti nih tak betul, tu salah, tu tak kena. Aishhh~ Cashier pulak, Sya takut sangat nak pegang duit banyak-banyak. Takut jugak kalau salah bagi baki duit dekat pelanggan. Bahaya tuu weyy! Kalau farmasi pulak, macam best. Boleh kenal-kenal ubat. kihkihkih~ Kedai buku? Hurm, dekat kedai buku apa kerja kita boleh buat? Baca buku secara percuma ea? HAHA~ Tu pun ya jugak kan =D Maybe kerja dia susun-susun buku, letak barkod dekat buku, kemas-kemas kedai. Kan? Fuhhh~ Mana satu kerja yang sesuai nihh? Member dah ajak isi borang mcD minggu nihh. Ishhh~ Alahaii~ Bercuti jalan-jalan pun tak lagi. Nanti kalau dah kerja sure lah takdapat cuti free-free kan. Cepat lahhh bawa Sya bercuti. Pergi pantai ke kan. Da lama tak pergi pantai. Tapi jangan la asyik pantai yang sama. Boringgggg lerr -__- Kalau korang kan. Korang akan ambil kerja apa?
< Muka konon-konon confius -__-
p/s: Nak belajar berdikari cari duit sendiri. Rasa syokk kan kalau beli barang pakai duit sendiri ^.^
Ikhlas kan lah diri anda untuk mendapat PAHALA
Ya Allah, aku berdoa. Lembutkan lah hati, terangkan lah hati, dan berikan ketenangan kepada para penanda kertas peperiksaan SPM bagi pelajar bernama Nur Syarah Rabiha Binti Baharudin yang berangka giliran JA017A088. Mudah-mudahan para penanda kertas peperiksaan beliau dapat menerima jawapan yang telah beliau berikan. Permudahkan lah beliau untuk mancapai kejayaan dalam hidup beliau. Semoga beliau mendapat keputusan SPM yang cemerlang yang akan dapat membanggakan diri beliau dan keluaga. Semoga pelajar ini mendapat A dalam setiap matapelajaran yang beliau ambil. Sesungguhnya pelajar ini telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan beliau. Amin!
Terima kasih kerana ikhlas mendoakan kejayaan Sya. Semoga Allah memperkenankan doa kalian :)
Created by me : Nur Syarah Rabiha : )
No comments:
Post a Comment